Kursus Keusahawanan Digital Siri/3
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2019 (Sabtu), Pusat Internet Kpg Bako telah mengadakan Kursus Keusahawanan Digital dan menjemput kami, Pusat Internet PPR Taman Malihah, Pusat Internet PPR Batu Gong dan Pusat Internet PPR Taman Dahlia sebagai tenaga pengajar kepada Persatuan Wanita yang terdiri daripada 18 orang wanita daripada Kampung Bako Lot.
Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut bersama Pusat Internet Kg Bako yang diadakan di Pusat Internet Kpg Bako selama 9 jam bermula 8 pagi sehingga 5 petang.
Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.
Selain itu, para peserta juga diberi sedikit penerangan tentang Keselamatan Media Sosial, cara membuat email, mencipta logo, media sosial dan sebagainya.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1) Cara membuat Email
2) Cara membuat dan menggunakan Facebook page
3) Membuat Logo perniagaan
4) Cara pengambilan gambar produk yang betul
5) Cara mempromosikan perniagaan secara atas talian
Sesi penyampaian Sijil kepada para peserta telah dihadiri dan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N05 Demak Laut, Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni.
Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua usahawan dan bakal usahawan Kampung Bako Lot dan semoga maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak.
Para peserta diingatkan supaya menggunakan peluang kemahiran dan pengetahuan Kursus 'Online Marketing' dan Asas Keusahawanan ini dengan sebaik-baiknya untuk direalisasikan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.
Berikut merupakan salah seorang peserta usahawan yang telah bergiat dengan perniagaan atau produk sendiri seperti Popia Carbonara Frozen dan Kuih Tradisional Sarawak iaitu “Kuih Bongkol”.
_"The Power of Networking Always Don't Talk To Strangers_"
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: